PENGENALAN
Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Revolusi Perindustrian ke-4 pada 1 Julai 2021, yang merupakan dasar negara menyeluruh untuk memacu usaha bersepadu dalam mentransformasi pembangunan sosioekonomi negara melalui penggunaan teknologi termaju 4IR. Berdasarkan teras ke-4 iaitu mempercepatkan inovasi dan penerimagunaan teknologi 4IR khususnya kepada pihak kerajaan dengan melaksanakan strategi 16 iaitu mengutamakan penggunaan teknologi 4IR untuk polisi, pelaksanaan, fungsi peraturan dan penyampaian perkhidmatan awam. Justeru Kolej Komuniti Pasir Mas telah mengambil inisiatif dalam membudayakan pengurusan maklumat yang lebih efektif dan efisen dengan membangunkan Integrated Office Management System (i-OM) V2. Sistem ini telah membantu dalam mempercepatkan, memudahkan dan menjimatkan proses pengurusan maklumat Kolej Komuniti Pasir Mas. Inovasi ini adalah bertujuan untuk:
-
Memudahkan proses perkongsian maklumat kepada staf seiring dengan ledakan Revolusi Perindustrian 4.0 yang menitikberatkan teknologi dihujung jari.
-
Menyebarluas maklumat dan informasi kepada semua staf melalui satu platform sahaja.
-
Mengamalkan penggunaan minit curai di kalangan staf secara menyeluruh.
-
Menyeragamkan pengeluaran memo dalaman untuk hebahan staf.
-
Memudahkan proses maklumbalas hadir kursus di kalangan staf tahunan.
-
Melancarkan proses aduan kerosakan dan penyelenggaraan asset di dalam jabatan.
-
Mengurus laporan Bekerja Dari Rumah (BDR) dengan sistematik.